Apakah tujuan kajian ini?
Projek penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat tahu tentang epilepsi dan persepsi terhadap pengidap epilepsi. Ini termasuk mengkaji aspek stereotaip, pekerjaan pengidap epilepsi, persepsi budaya, ketakutan peribadi, dan penyisihan pesakit epilepsi dalam masyarakat global.
Penyelidikan terdahulu mengenai topik ini tertumpu kepada sesebuah negara tertentu dan tidak memberi perhatian kepada aspek budaya. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk memahami faktor stigma epilepsi dalam masyarakat termasuk pengaruh individu dan faktor budaya.
Pasukan kami berharap dengan mengetahui perkara tersebut, kami dapat membantu meningkatkan kehidupan pengidap epilepsi. Dalam erti kata lain, kami ingin meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang epilepsi. Matlamat utama kami adalah untuk mengurangkan diskriminasi terhadap pengidap epilepsi dalam masyarakat dunia.
Mengapa saya telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian ini?
Anda dijemput sekiranya anda adalah individu yang:
a. Berumur 18 tahun ke atas
b. Bersetuju untuk menjawab soal selidik
c. Boleh menjawab soalan
Bagaimanakah penglibatan peserta dalam kajian ini?
Kajian ini melibatkan tinjauan dalam talian yang akan mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk diselesaikan. Jawapan peserta kajian akan dirahsiakan dan peserta tidak perlu memberikan sebarang maklumat peribadi. Soal selidik ini dibentuk untuk mengumpulkan pengetahuan peserta berkaitan dengan topik penyelidikan dan maklumat peribadi peserta tidak akan direkodkan.
Adakah terdapat risiko dan faedah bagi menyertai kajian ini?
Potensi risiko penyertaan dalam projek penyelidikan ini ialah kemungkinan peserta merasa tidak selesa dan merasa sukar untuk menjawab sesetengah soalan. Manakala faedah kajian ini adalah untuk mengetahui stigma dalam masyarakat dan membuat pelan tindakan bagi mengurangkan stigma dalam kalangan generasi masa hadapan. Kajian ini akan memberikan maklumat untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan tentang epilepsi sebagai penyakit yang wujud stigma dalam masyarakat. Matlamat keseluruhan penyelidikan ini adalah untuk mengurangkan tahap diskriminasi terhadap komuniti terpinggir yang mempunyai penyakit epilepsi dalam masyarakat global.
Bagaimanakah kajian ini dibiayai?
Projek penyelidikan itu dibiayai oleh Skim Pembangunan Staf Baharu Fakulti Sains dan Kesihatan (FOSH), Universiti Charles Sturt.
Adakah mengambil bahagian dalam kajian ini melibatkan sebarang kos dan adakah saya akan dibayar?
Penyertaan dalam penyelidikan ini tidak melibatkan sebarang kos kepada peserta. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak ada bayaran akan diberikan kepada peserta yang terlibat dalam kajian ini.