Jemputan dan Maklumat Untuk Peserta

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan tentang: STIGMA EPILEPSI: SATU KAJIAN GLOBAL

Kajian ini dijalankan oleh Mohmad Farooq Shaikh dari Pusat Pengajian Pergigian dan Sains Perubatan di Universiti Charles Sturt.

Penyelidik:
Mohmad Farooq Shaikh, PhD
Associate Professor in Pharmacy Discipline of Pharmacy School of Dentistry and Medical Sciences
Faculty of Science and Health
Charles Sturt University

Charles Sturt University merupakan Universiti Australia, TEQSA Provider Identification: PRV12018. Charles Sturt University CRICOS Provider: 00005
Apakah tujuan kajian ini?
Projek penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat tahu tentang epilepsi dan persepsi terhadap pengidap epilepsi. Ini termasuk mengkaji aspek stereotaip, pekerjaan pengidap epilepsi, persepsi budaya, ketakutan peribadi, dan penyisihan pesakit epilepsi dalam masyarakat global.

Penyelidikan terdahulu mengenai topik ini tertumpu kepada sesebuah negara tertentu dan tidak memberi perhatian kepada aspek budaya. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk memahami faktor stigma epilepsi dalam masyarakat termasuk pengaruh individu dan faktor budaya.

Pasukan kami berharap dengan mengetahui perkara tersebut, kami dapat membantu meningkatkan kehidupan pengidap epilepsi. Dalam erti kata lain, kami ingin meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang epilepsi. Matlamat utama kami adalah untuk mengurangkan diskriminasi terhadap pengidap epilepsi dalam masyarakat dunia.

Mengapa saya telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian ini?
Anda dijemput sekiranya anda adalah individu yang:
a. Berumur 18 tahun ke atas
b. Bersetuju untuk menjawab soal selidik
c. Boleh menjawab soalan

Bagaimanakah penglibatan peserta dalam kajian ini?
Kajian ini melibatkan tinjauan dalam talian yang akan mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk diselesaikan. Jawapan peserta kajian akan dirahsiakan dan peserta tidak perlu memberikan sebarang maklumat peribadi. Soal selidik ini dibentuk untuk mengumpulkan pengetahuan peserta berkaitan dengan topik penyelidikan dan maklumat peribadi peserta tidak akan direkodkan.

Adakah terdapat risiko dan faedah bagi menyertai kajian ini?
Potensi risiko penyertaan dalam projek penyelidikan ini ialah kemungkinan peserta merasa tidak selesa dan merasa sukar untuk menjawab sesetengah soalan. Manakala faedah kajian ini adalah untuk mengetahui stigma dalam masyarakat dan membuat pelan tindakan bagi mengurangkan stigma dalam kalangan generasi masa hadapan. Kajian ini akan memberikan maklumat untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan tentang epilepsi sebagai penyakit yang wujud stigma dalam masyarakat. Matlamat keseluruhan penyelidikan ini adalah untuk mengurangkan tahap diskriminasi terhadap komuniti terpinggir yang mempunyai penyakit epilepsi dalam masyarakat global.

Bagaimanakah kajian ini dibiayai?
Projek penyelidikan itu dibiayai oleh Skim Pembangunan Staf Baharu Fakulti Sains dan Kesihatan (FOSH), Universiti Charles Sturt.

Adakah mengambil bahagian dalam kajian ini melibatkan sebarang kos dan adakah saya akan dibayar?
Penyertaan dalam penyelidikan ini tidak melibatkan sebarang kos kepada peserta. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak ada bayaran akan diberikan kepada peserta yang terlibat dalam kajian ini.
Bagaimana jika saya tidak mahu mengambil bahagian dalam kajian ini?
Penyertaan dalam penyelidikan ini adalah pilihan anda sepenuhnya. Anda boleh membuat keputusan sama ada hendak mengambil bahagian atau tidak. Peserta yang bersetuju mengambil bahagian sahaja yang akan menyertai projek penyelidikan ini.

Bagaimana jika saya mengambil bahagian tetapi tiba-tiba ingin menarik diri?
Jika anda tidak mahu meneruskan menjawab soal selidik semasa soal selidik dijalankan, anda boleh menarik diri dengan keluar daripada soal selidik ini. Walau bagaimanapun jawapan awal yang telah anda masukkan akan direkodkan. Penyelidik tidak dapat memadamkan jawapan yang telah dipilih memandangkan penyelidik tidak dapat mengenal pasti jawapan anda kerana identiti peserta tidak direkodkan dalam kajian ini.

Bagaimanakah data peribadi dan privasi saya dilindungi?
Soal selidik ini tidak memasukkan sebarang pertanyaan data peribadi untuk memastikan kerahsiaan peserta. Soal selidik ini menggunakan SurveyMonkey yang merupakan rangkaian analisis data spatial (SPAN) di Universiti Charles Sturt. Platform ini selamat dan boleh dipercayai untuk pengumpulan data. Penggunaan platform ini dapat meningkatkan perlindungan data dan meminimumkan risiko akses tanpa kebenaran kepada maklumat privasi peserta. Kajian ini mengekalkan kerahsiaan jawapan peserta melalui soal selidik tanpa nama dan pelaksanaan Dasar Privasi dan Kenyataan Keselamatan SurveyMonkey. Data tanpa nama ini boleh digunakan untuk projek yang berkaitan pada masa hadapan.

Apakah yang akan berlaku kepada maklumat yang saya berikan?
Data yang dikumpul akan disimpan dengan selamat dalam peranti penyelidik. Hanya penyelidik dan pentadbir kajian akan mempunyai akses kepada maklumat ini. Pada akhir tinjauan, maklumat yang dikumpul akan disimpan oleh penyelidik sehingga lima tahun. Data ini boleh digunakan untuk projek yang berkaitan di masa hadapan. Anda tidak akan dapat mengakses hasil kajian selepas proses pengumpulan data.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya ingin membincangkan kajian ini dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan?
Jika anda ingin maklumat lanjut, sila hubungi Profesor Madya Mohmad Farooq Shaikh melalui e-mel di mshaikh@csu.edu.au atau melalui telefon di +61 2 6365 7534 (Isnin-Jumaat 9 pagi hingga 1 tengah hari AEDT)

Siapa yang harus saya hubungi jika saya mempunyai kebimbangan mengenai pengendalian kajian ini?
Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia Universiti Charles Sturt telah meluluskan projek ini [Nombor protokol: H23765]. Jika anda mempunyai sebarang aduan tentang etika projek ini, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Unit Integriti Penyelidikan melalui butiran maklumat berikut:
The Presiding Officer
Human Research Ethics Committee
Research Integrity Unit
Locked Bag 588 Wagga Wagga NSW 2678
Phone: (02) 6933 4213
Email: ethics@csu.edu.au

Sebarang isu yang anda bangkitkan akan disiasat dengan teliti dan anda akan dimaklumkan tentang hasil siasatan tersebut.


Terima kasih kerana mempertimbangkan jemputan untuk menyertai kajian ini.

T